KUALA LUMPUR: Sekiranya Kerajaan Persekutuan memilih membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-15, kerajaan negeri di bawah pentadbiran PH boleh mengambil pendekatan tidak membubarkan Dun.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau lokasi Projek River Of Life, Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa berkata pendirian PH hak negeri yang tertakluk kepada perkenan Raja atau Sultan di sesebuah negeri menurut nasihat Menteri Besar.

Menurut Annuar, PH boleh berbuat demikian menurut Perlembagaan Persekutuan.

Annuar mengulas kenyataan Majlis Presiden PH yang memutuskan sekira berlakunya PRU-15 mengejut, kerajaan negeri ditadbir PH diteruskan dan tidak dibubar.