KUCHING: Penduduk-penduduk Kampung Bako Lot yang terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut boleh menarik nafas lega apabila empat buah projek pembangunan kini sedang dalam pembinaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata kesemua projek-projek pembangunan ini sedang dalam pembinaan dan berjalan lancar mengikut jadual.

“Antara projek RTP Kampung Bako Lot yang dilawati ialah Projek Bina Baru Sistem Perparitan bernilai RM210,000, Projek Membina Pusat Komuniti bernilai RM100,000, Projek Naik Taraf Dewan Masyarakat: bernilai RM100,000 dan Projek Naik Taraf Padang Bola Sepak bernilai RM100,000.

“Jumlah keseluruhan Projek RTP ADUN Demak Laut di Kampung Bako Lot ini berjumlah RM510,000.

“Adalah diharapkan projek-projek pembangunan ini akan dapat meningkatkan lagi taraf kehidupan penduduk dan mengekalkan perpaduan di dalam kampung,” katanya selepas meninjau beberapa buah tapak Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di Kampung Bako Lot baru-baru ini.