KUALA LUMPUR: PH bukan lagi platform sesuai untuk berjuang menyelamatkan negara. Itu tafsiran Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Pada Isnin Khairudin yang meletak jawatan sebagai Penyelaras Parlimen Jasin mengumumkan keluar PH.

“PH akan hancur di bawah kepimpinan Anwar. Jangan bermimpi PH mampu memenangi PRU lagi bagi membentuk kerajaan pusat seperti PRU-14,” ujar Khairudin.

Bagi beliau, PH akan menjadi bahan sejarah dan terkubur selama-lamanya sedikit masa lagi.

Dalam kenyataan pada Selasa, beliau menegaskan tidak akan bernaung atau berjuang menobatkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kesembilan seperti diumumkan Majlis Presiden PH pada Isnin.

“Keseluruhan bangsa Melayu harus menolak Anwar daripada menjadi pemimpin. Jangan sama sekali kita biarkan diri ditipu serta tertipu lagi,” tambahnya dalam kenyataan tersebut.
Khairudin menyifatan Anwar tidak lagi relevan dalam landskap politik negara dan menyeru semua pemimpin PH meninggalkan gabungan itu.

“Bagaimana dia (Anwar) hendak memimpin gagasan PH yang jauh lebih besar?” Tanya Khairudin dsan menyebut sedangkan PKR bermasalah di bawah kepimpinan Anwar.

Khairudin turut merakamkan penghargaan kepada Amanah yang meluluskan keahliannya menganggotai parti itu serta membenarnya bertanding di Parlimen Jasin pada PRU-14 lepas.