KUCHING: Warga emas berusia 65 tahun didenda RM5,000 atau penjara dua bulan setelah mengaku bersalah memiliki 214 biji telur penyu.

Mahkamah Sesyen pada Isnin mengenakan hukuman tersebut di bawah Seksyen 29(1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 ke atas warga emas terbabit menjual telur di Pasar Tamu Kubah Ria, 9.45 pagi pada 7 September 2019.

Penguat kuasa Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) membuat pemeriksaan di pasar tamu berkenaan dan menjual telur penyu didenda RM5,000 selain merampas sebuah motosikal dan dua kunci.