SEBANYAK 241 peserta dari seluruh Sarawak menyertai Cabaran Memanah Tradisional Moden Assyakirin (Atma) Sarawak 2020 yang berakhir semalam.

Menurut Presiden Atma Bujang Ham, tiga kategori yang pemanah iaitu lelaki dewasa, wanita dewasa dan remaja bawah 17 tahun.

Objektif utama adalah sebagai aktiviti riadah para pemanah Sarawak dari seluruh bahagian.

Ini kerana, cabaran tersebut diadakan di tempat masingmasing di seluruh bahagian di Sarawak dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta dipantau oleh setiap ketua pasukan.

Format permainan adalah panahan sejauh 30 meter dengan tujuh anak panah, panahan sejauh 20 meter dengan tujuh anak panah.

Dimainkan sebanyak dua pusingan dengan menggunakan busur tradisional sahaja dan anak panah bebas. Pihak penganjur juga turut menyediakan insentif kepada pemanah yang mendapat tempat pertama hingga kesepuluh bagi setiap kategori.

Pemanah di tangga berganda seperti 11, 22 dan 33 sehingga 222 juga akan diberi imbuhan insentif. Tujuan pemberian insentif ini adalah sebagai galakan kepada para pemanah untuk bergiat lebih aktif dan mencintai sukan memanah ini.

Turut hadir memeriahkan aktiviti riadah tersebut adalah Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Nancy Shukri.