Covid-19 boleh tersebar melalui udara begitulah penemuan terbaharu 239 saintis dari 32 negara.

Virus tersebut dalam partikel kecil dikatakan tersebar di udara dan boleh menjangkiti manusia.

Hasil kajian saintis itu diterbitkan dalam jurnal saintifik minggu depan.

Penemuan ini bertentangan dengan kenyataan WHO sebelum ini bahawa virus berkenaan hanya merebak daripada individu kepada individu lain menerusi titisan cecair badan dari hidung atau mulut.

Dan virus tersebut tersebar apabila individu yang dijangkiti batuk, bersin atau bercakap berdekatan dengan orang lain.

Para saintis ini meminta WHO menyemak semula fakta tersebut.

Bagaimanapun WHO belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan penemuan terbaharu itu.