BETONG: Sekolah luar bandar di bahagian Betong telah bersedia memulakan sesi persekolahan dengan menitik berat Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah ketika melawat beberapa buah bahagian itu pada Ahad turut menyatakan kerajaan menyediakan peruntukan untuk kelengkapan pematuhan SOP di sekolah.

Ujarnya, untuk sekolah yang lebih besar beliau akan membantu menyediakan alat pengimbas suhu agar pelajar tidak perlu berbaris panjang.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengingatkan para guru bahawa mereka kini memikul tanggungjawab sebagai barisan hadapan.