SRI AMAN: Sebanyak 14 ekor lembu akan disumbangkan kepada umat Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga bagi meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri, semasa mesyuarat ibadah korban di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lingga, Sri Aman pada Sabtu, kesemua lembu tersebut akan diserah 3 hari sebelum hari raya Aidiladha dan agihan tersebut meliputi 6 kawasan,antaranya adalah Lemanak (Kampung Hulu, Pasir Panas, Lemanak & Tengah, Sri Aman) sebanyak 3 ekor, Ladong (Kampung Masjid Baru, Datuk Haji Undom, Tanjung Engkabang & Tanah Baru Sembau, Sri Aman) sebanyak 3 ekor, Stumbin (Kampung Skait, Pangkat & Melayu Stumbin, Sri Aman) seekor, Seduku (Kampung Agropolitan Seduku Baru) seekor, Lingga (Kampung Hilir, Masjid, Tengah, Siantan, Hulu Baru & Hulu, Lingga) sebanyak 2 ekor dan Maludam (Kampung Hilir, Belakang Pasar, Tengah, Hulu, Seberang & Triso Maludam) sebanyak 4 ekor.

Beliau turut menasihati agar majlis ibadah korban dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan daging korban diagihkan secara teratur serta tiada masyarakat yang terlepas pandang semasa daging lembu diagih dari rumah ke rumah.