KUCHING: Majlis Pelancaran Akar Umbi Blackout Bersatu Sarawak diadakan di hotel terkemuka di Kuching.

Majlis dihadiri beberapa wakil akar umbi dari beberapa kawasan di Sarawak Sabtu lalu.

Blackout Bersatu Sarawak diterajui Datuk Abdul Razak Khalid dikatakan kesinambungan dari Gerakan Ahli Akar Umbi Bersatu Malaysia.

Menurut Pengerusi Blackout Bersatu Sarawak Didi Udin, Blackout Bersatu Sarawak menjadi platfom suara rakyat yang menyokong penuh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Berucap pada majlis berkenaan, Didi berkata dalam kalangan rakyat Sarawak, ada yang tidak bersetuju dengan pembatalan keahlian Tun sebagai Pengerusi Bersatu kerana beliau pengasas parti tersebut.

Difahamkan warna merah pada logo Bersatu dihitamkan sebagai tanda protes. Hadirin majlis pelancaran juga dilihat memakai baju-T berwarna hitam

Pada 9 Julai ini mahkamah bakal menentukan kedudukan Tun Mahathir dalam Bersatu selepas 16 Jun lalu mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injunksi sementara oleh Tun Mahathir dan lima ahli yang lain mengekalkan kedudukan keahlian dan jawatan mereka dalam Bersatu.