JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat.

Menurut data terbaharu Worldometers, jangkitan setakat awal pagi Ahad mencecah 11.36 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.93 juta kes.

AS juga mencatatkan jumlah kes tertinggi dalam sehari dengan lebih 44,000 kes, diikuti Brazil lebih 35,000 kes.

Brazil kini menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1.57 juta kes.

Jangkitan di Rusia pula melepasi 674,000 kes.

Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi adalah India dengan 673,000 kes dan Peru dengan hampir 300,000 kes.

United Kingdom pula mencatat 284, 000 kes.

Lima lagi negara yang mencatat angka melebihi 200,000 ialah Sepanyol, Itali, Mexico, Iran dan Pakistan.

Di Asia Tenggara, Indonesia mencatat kes tertinggi dengan jumlah lebih 62,000 kes, diikuti Singapura dengan 44,000 kes.