ANGKA Worldometers pagi ini menunjukkan angka kematian global akibat COVID-19 meningkat 4,434 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kumulatif kematian global kini adalah sebanyak 532,806 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 132,313 kes.

Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan lebih 64,000 dan 44,000 kes korban.

Kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula melebihi 34,500 kes.

Dalam pada itu, Perancis dan Mexico mencatatkan 29,000 kes.

India mencatatkan kes kematian tertinggi di Asia dengan merekodkan lebih 19,000 kes kematian.