BOSSIER CITY: Polis Louisiana baru-baru ini menahan lelaki yang berenang di dalam tangki ikan di sebuah kedai menjual peralatan sukan.
 
Kevin Wise, 26, memberitahu wartawan dia terjun ke dalam akuarium kedai Bass Pro Shop di Bossier untuk mengotakan janjinya kepada ribuan pengikutnya di platfom TikTok.
 
Menurutnya, dia berjanji sekiranya berjaya mendapat 2,000 “like” di platform itu dia akan terjun ke dalam tangki. Dia mendapat lebih 2,000 “like” dan bertindak mengotakan janjinya kerana tidak mahu dipanggil penipu.
 
Sebuah video dirakam oleh pengunjung kedai menunjukkan aksi Wise berenang di dalam tangki. Selang tidak lama kemudian Wise melompat keluar dari tangki itu dan keluar dari kedai tersebut basah kuyup.
 
Menurut lelaki dikenali sebagai McGraw itu, dia dan tunangnya berada di kedai tersebut ketika kejadian. Mereka terdengar bunyi percikan air yang kuat dan menyangka ia perbuatan ikan di dalam kolam tersebut.
 
Dia dan tunangnya terkejut melihat seseorang berenang di dalam tangki terbabit. McGraw mengambil kesempatan merakam aksi Wise di kolam itu.
 
Kedai Bass Pro memberitahu mereka mengeluarkan belanja besar kerana terpaksa membuang sekitar 13 gelen air di dalam akuarium itu dan membersihkannya selepas dimasuki Wise.
 
Wise dituduh melakukan kerosakan jenayah kecil kepada harta benda dan dibebaskan dengan bersyarat agar menghadiri perbicaraannya di mahkamah nanti.