BAU: Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia, Dato Sri Nancy Shukri telah mengadakan lawatan ke tapak atau destinasi pelancongan tempatan di daerah Bau.

Pada sebelah pagi, Dato Sri Nancy Shukri telah melawat Lan E Tuyang Homestay Singai dan disambut oleh pengusaha Lan E Tuyang Homestay, Matthew Ngau Jau.

Mengiringi rombongan beliau ialah Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, ADUN Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep dan ADUN Serembu, Miro Simuh.

Beliau serta rombongan kemudian dihiburkan dengan persembahan muzik Sape yang dimainkan sendiri oleh Matthew Ngau dan diikuti dengan persembahan tarian tradisional.

Sebelum meninggalkan lokasi program beliau turut bersama rombongan berhibur dengan tarian joget.

Seterusnya, Dato Sri Nancy bersama rombongan melawat Libiki Bamboo Resort, Kampung Mongag, Heritage Centre, Tasik Biru, The Sleeping Lady di Jalan Taiton, Tian Shi Long Gong Temple, Gunung Serembu dan Pekan Siniawan.