BEIJING: Duta Besar China ke Palestin Guo Wei dalam wawancara dengan Palestine News & Information Agency (WAFA) menegaskan Beijing menolak rancangan Israel merampas Tebing Barat.

Sebelum ini, di Dewan Keselamatan PBB, Menteri Luar China Wang Yi menolak rancangan Israel itu dan menuntut solusi adil dan komprehensif untuk kedaulatan Palestin.

Guo berkata China sangat prihatin dengan ketegangan berterusan Palestin-Israel. Guo menyebut empat isi penting dikemukakan Presiden Xi Jinping iaitu pentingnya menyelesaikan isu solusi dua negara selain menyokong pembentukan negara Palestin merdeka sesuai garis sempadan 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota.

China juga mengiktiraf hak rakyat Palestin dan hak Israel.

China menyeru agar Israel dan Palestin meneruskan rundingan damai dalam menyelesaikan konflik serta meminta kedua-dua pihak menahan dari daripada bertindak melampau.

Seterusnya China mengajak masyarakat antarabangsa menyokong kedaulatan Palestin.

Sebelum ini pada Januari Presiden AS Donald Trump menyokong Israel merampas Tebing Barat milik Palestin dan mahu Baitulmuqaddis menjadi ibu kota Israel. Rancangan ini ditolak keras oleh Palestin dan dikutuk dunia antarabangsa.