MERADONG: Sebanyak 78 permohonan telah menerima bantuan bahan binaan bagi membaik pulih rumah di bawah Program Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) bagi kawasan Meradong.

Menurut ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, setiap permohonan juga dibuat pemantauan terlebih dahulu untuk memastikan samada ianya benar-benar memerlukan bantuan atau tidak.

Datuk Ding berkata demikian semasa Program Pemasangan Papan Tanda Rumah Baik Pulih PPRMS DUN Meradong semalam.

Beliau dalam pada itu berharap penduduk Daerah Meradong terus memberi sokongan yang penuh kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi  Abang Johari Tun Openg kerana menyediakan inisiatif tersebut dalam usaha membantu penduduk luar bandar.

Terdahulu, dalam majlis berasingan, Datuk Ding telah menyampaikan sumbangan bantuan JKKK berjumlah keseluruhan RM35,600 kepada rumah panjang di sekitar Meradong.