PUSA:  Tolong aku, aku disambar boyak.

Itu kata-kata terakhir Sarkawi Talip, 61, mangsa serangan buaya di Sungai Undai di sini, semalam.

Lelaki berusia 27 tahun  itu  sedang mengikat batang rumbia apabila kejadian malang itu berlaku.

Jeritan Sarkawi itu masih terngiang-ngiang di telinga Sabadron Adenan, 27 tahun, malah ia hingga kini terus mengganggu beliau.

Ketika itu, Sabadron berada di tebing berdekatan gigi air sementara mangsa yang digelar Ngah Kawi di bahagian tengah sungai.

Ngah Kawi yang berasal dari Igan dan mempunyai empat cahaya mata dan seorang isteri.

Sabadron mengakui warga emas itu menunjukkan tanda pelik dua hari sebelum kejadian, iaitu lebih banyak berdiam diri, sedangkan selalunya dia selalunya suka berjenaka.