KUCHING: Fenomena kemaruk kuasa ditambah lagi dengan badi jawatan calon Perdana Menteri seolah-olah menjadi igauan buruk kepada PH

Menurut Jalal Najmuddin Sulaiman dari Jabatan DPPNK dalam PH, tiada langsung kepedulian rakyat dipaparkan oleh gabungan rapuh ini melainkan skrip perebutan jawatan dan pertelingkahan sesama sendiri yang kerap mewarnai gabungan ini setelah 22 bulan merasai nikmat Putrajaya.

“Parti DAP selaku parti yang dianggap senior kelihatan gagal sama sekali membentuk kesepaduan dan kesefahaman dalam gabungan ini. Malah kerap dilihat liabaliti utama terhadap gabungan ini dengan pendedahan siri-siri penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sepanjang tempoh 22 bulan berada di tampuk kuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini, ujarnya, diikuti parti kedua berpengaruh dalam gabungan ini iaitu PKR yang yang kelihatan ibarat ‘layang-layang terputus talinya’ rentetan Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan majoriti gabungan PH untuk dinobatkan sebagai calon Perdana Menteri. 

“Ironinya, PKR dan ahlinya sedang mengalami situasi bagai ‘katak ditimpa kemarau’ dengan pergolakan dalaman yang kian menular dan meruncing,” katanya lagi.

“Berbeza sekali dengan parti yang paling junior dalam gabungan ini iaitu PAN yang kelihatan ‘total collapse’ dengan imej pimpinan-pimpinan utamanya yang terpesong jauh dari imej sebelum berkerajaan,’ katanya.

“Paparan pimpinan utamanya dengan imej luar biasa dengan gitarnya, dengan petainya, dengan aura Tai-Chinya seolah-olah menggambarkan parti ini sedang mengalami krisis identiti yang teruk sehingga beberapa pimpinan pemudanya meletakkan jawatan,” jelasnya.