BINTULU: Rakyat Sarawak kini berteka-teki bila pilihan raya negeri akan diadakan ketika spekulasi semakin hangat tentang kemungkinan PRN akan diadakan sama ada pada suku keempat tahun ini atau suku pertama tahun depan.

Bila pilihan raya saya tak pasti, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika ditanya media tentang kesediaan Bersatu dan PAS untuk tidak bertanding di Sarawak dalam PRN-12.

Beliau diajukan soalan berkenaan pada sidang media selepas melawat tapak Projek Loji Metanol Sarawak di Similajau, Tanjung Kidurong, semalam. 

Dengan itu, menurut pemerhati politik, kedua-dua parti itu tidak lagi menjadi cabaran kepada GPS. 

Sebaliknya, GPS akan berdepan dengan DAP, PSB, PKR dan parti pembangkang lain.

Dengan sokongan PAS itu, bermakna kedudukan PBB di kawasan majoriti Melayu atau Melanau yang biasanya ditandingi PAS akan akan menyaksikanan sokongan daripada parti berkenaan.

Pendirian kedua-dua parti itu ekoran penyertaan mereka dalam Perikatan Nasional di  peringkat pusat, yang juga turut disertai GPS.

Kelmarin Abang Johari dan para pemimpin parti gabungan GPS dari Sarawak, iaitu PRS, SUPP dan PDP turut menzahirkan sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berdasarkan perkembangan politik semasa, pemerhati percaya bahawa kemungkinan besar ia akan diadakan pada suku akhir tahun ini.