BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1, 000,000.00 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Tabung Baitulmal Sarawak.

Majlis ringkas penyerahan disempurnakan Timbalan Pengerusinya, Haidar Khan Asghar Khan kepada Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datuk Haji Abang Mohd Shibli Haji Abang Mohd Nailie dengan disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Majlis penyerahan yang diadakan di di Hotel Fairfield Marriot Bintulu itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Adun Jepak, Datuk Talib Zulpilip.