KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam mengadakan pertemuan dengan pemimpin Kerajaan PN di Putrajaya.

Pertemuan itu bertujuan untuk  menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Dalam catatan di laman Facebook Muhyiddin Yassin, ia turut memaklumkan kesemua pimpinan parti bermuafakat untuk memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Menurut catatan itu, pimpinan yang hadir ialah presiden parti termasuk Muhyiddin sebagai Presiden BERSATU; Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Umno); Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS); Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (MCA) dan Tan Sri S. A Vigneswaran (MIC).

Selain itu, pertemuan tersebut turut disertai Prof Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (SUPP); Datuk Seri Tiong King Sing (PDP); Tan Sri Dr James Jemut Masing (PRS); Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS); Tan Sri Joseph Kurup (PBRS) dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR).

Menurut catatan itu lagi, mesyuarat dua jam itu turut dihadiri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua Whip Kerajaan Perikatan Nasional dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung BERSATU.

Pada 27 Jun lalu, Setiausaha Agung BN, Tan Sri  Annuar Musa berkata, sebuah urus setia yang menggabungkan BN, PAS dan PN akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan perjalanan politik setiap parti dalam PN. 

Bagaimanapun menurutnya kedua-dua cadangan itu masih tertakluk kepada persetujuan ahli-ahli mesyuarat berkenaan, selain pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Cadangan kebenaran untuk latihan secara kontak penuh (full contact training) ini akan memperlihatkan juga harapan dan kemungkinan untuk Liga Bola Sepak (Malaysia Football League) dan kejohanan-kejohanan sukan yang lain dapat dimulakan dalam masa yang terdekat,” jelas Reezal Merican dalam satu kenyataan. 

Beliau juga memaklumkan pihak kementerian akan mengadakan satu sesi libat urus bersama pengusaha-pengusaha padang dan gelanggang komersil serta akademi untuk sukan bola sepak dan futsal dalam masa yang terdekat.

Reezal berkata ia bertujuan untuk berkongsi pandangan demi pembangunan sukan dalam negara, selain memberi cadangan penambahbaikan prosedur operasi standard yang bersesuaian.

Kerajaan sebelum ini memberi lampu hijau pembukaan sektor sukan dan rekreasi fasa kedua bermula 15 Jun lepas dengan kebenaran kepada orang awam melakukan aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak ada sentuhan badan di fasiliti tertutup dan terbuka.

Beberapa fasiliti sukan seperti gimnasium, dewan tertutup seperti dewan badminton, kompleks sukan pelbagai dan pusat snuker turut dibenarkan beroperasi semula tanpa melibatkan sentuhan.

Kerajaan turut memberi kebenaran kepada sukan berpasukan seperti bola sepak, hoki dan sukan tempur seperti silat dan taekwondo untuk memulakan program latihan tanpa sentuhan badan (non-contact training) dengan jarakan sosial tiga hingga lima meter.