SARIKEI: Mulai hari ini (1 Julai) perkhidmatan bas penumpang dari Sarikei ke Kabong dan sebaliknya akan menawarkan harga tambang istimewa serendah RM10.00 sahaja.

Promosi tambang istimewa tersebut diperkenal syarikat pengendali bas berkenaan sempena berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang ini.

Menurut jurucakap Syarikat Bas Borneo Berhad pelaksanaan tambang istimewa itu akan berlangsung sehingga 31 Julai.

Bagaimanapun tawaran tambang istimewa itu boleh dilanjutkan tempohnya jika pihak kerajaan membuat pengumuman untuk melanjutkan tempoh tawaran berkenaan selepas 31 Julai.

Menurut jurucakap itu sempena tawaran tambang istimewa itu tambang bas dari Kabong ke Nyabor hanya RM1.00 dan dari Nyabor ke Roban juga RM1.00

Manakala tambang dari Roban ke Sarikei adalah hanya RM4.00

Tambah jurucakap itu lagi, syarikat perkhidmatan bas akan menyediakan peralatan yang diperlukan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPP yang sedang berrkuatkuasa iaitu menyediakan cecair pencuci tangan dan melakukan imbasan suhu badan penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas tersebut.