KUALA LUMPUR: Puteri UMNO Malaysia bersama-sama Kimma, MCA, MIC dan Ameerah PAS telah membuat laporan polis berkenaan isu penghinaan pada Jata Negara.

Dalam kenyataan mereka, kumpulan ini mahu agar PDRM bertindak tegas terhadap mereka yang biadap cuba menghasut dan merosakkan keharmonian negara.

“Kami juga percaya kumpulan ini mendapat sokongan daripada ekstrimis DAP ketika mereka di Putrajaya dahulu.

“Sama sama kita pelihara kestabilan dan keharmonian negara, jangan beri peluang kepada perosak seperti mereka,” katanya selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Selasa.

Terdahulu, tular di media sosial pengguna berkongsi satu pautan laman sosial Facebook sebuah syarikat buku  bertajuk “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia”.

Buki itu disunting oleh penulis, Kean Wong  mempamerkan sebuah logo mirip jata negara yang telah diubah suai sebagai penghias muka hadapan.

Lukisan mirip jata negara itu meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang, serta mengubah suai bentuk dua ekor harimau selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya.