JAKARTA: Artis Laudya Cynthia Bella akhirnya menjawab isu keretakan rumah tangganya dengan Engku Emran.

Bella mengakui sudah bercerai dengan lelaki dari  Malaysia itu.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik-baik,” ujar Bella seperti dikutip Kompas.

“Terkait pemberitaan saat ini tentang rumah tangga saya, saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik-baik,” ujar Bella.

Namun, Bella belum menjelaskan bila tepatnya mereka rasmi bercerai.

Engku Emran pernah berkahwin dengan pelakon Era Fazira, namun rumah tangga mereka juga roboh.

Lelaki berdarah Melayu, Cina, dan India itu, pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah perusahaan media yakni TV Synergy Sdn Bhd dan Chief Operating Officer (COO) Suria FM.

Rumah tangga Bella dan Engku Emran dikhabarkan retak sejak akhir 2019 lalu.

Khabar itu beredar setelah foto Engku Emran sudah tidak lagi menghiasi akaun Instagram Laudya Cynthia Bella.

Kompas melaporkan, Engku Emran diketahui unfollow Instagram Laudya Cynthia Bella, begitu juga sebaliknya.

Bukan hanya itu, akhir Juni 2020, Engku Emran mendadak menghilangkan foto Bella dari foto profil Instagramnya.

Sebelum foto profil Engku Emran berubah, ia memasang foto Laudya Cynthia Bella bersama-sama puterinya, Aleesya.

Sudah berbagai-bagai usaha yang kami lakukan dan ini ialah takdir Allah SWT, rumah tangga kami hanya sampai di sini,” ucap Bella, seperti dikutip Kompas.com lagi.