SEREMBAN: Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Datuk Lee Tian Hock berkata, Matrix Concepts Holdings Bhd merekodkan tempahan kediaman meningkat 45 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Jualan syarikat pemaju hartanah membabitkan nilai jualan RM703 juta berbanding RM400 juta pada bulan sebelum PKP.

Memetik Bernama, Lee bercakap pada sidang media selepas program derma darah di Seremban mengakui pekerja syarikat bekerja dari rumah dan menggunakan media sosial meningkatkan jualan.