KUCHING: Petani dibicara di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori atas tuduhan memenggal kepala ibu saudaranya dibebas dan dilepaskan, tetapi diarah ditahan di Hospital Sentosa.

Hakim Datuk Supang Lian membuat keputusan berdasarkan Seksyen 347 Kanun Acara Jenayah di Mahkamah Tinggi, mendapati tertuduh membunuh ibu saudaranya kerana menghidap masalah mental.

Suspek, 59, memenggal kepala ibu saudaranya sekitar 2 hingga 3 petang di bilik rumah panjang di Rumah Lampoh, Bratong Baru, Roban 25 Julai 2018 menggunakan sebilah parang dua kaki panjang.

Ketika itu mangsa dipercayai menonton televisyen di ruang tamu.

Suspek melarikan diri dan bersembunyi di semak di belakang rumah panjang berkenaan sebelum membakar motosikal.