KUCHING: Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) akan mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia ada bagi pendaftaran Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) melalui satu bengkel yang akan diadakan minggu hadapan.

Menterinya, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah berkata, pendaftaran Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) di Sarawak perlu melalui proses-proses tertentu melalui syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh lima teknikal agensi berikut:

– Jabatan Tanah Dan Survei (Ibu Pejabat)

– Pihak Berkuasa Tempatan

– Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS)

– Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS)

– Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Setelah berbincang dan mempunyai kesepakatan, tempoh lesen untuk taska beroperasi oleh Jabatan Tanah Dan Survei akan sama tempoh seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu lima tahun.

Selain itu jelas Dato Sri Hajah Fatimah lagi, pendaftaran taska adalah dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala pendaftaran tadika dibawah Jabatan Pendidikan yang mana hanya perlu mengisi borang perakuan sekali sahaja.

Hadir sama, Menteri Muda Wanita dan Pembangunan Kanak-Kanak, Hajah Rosey Haji Yunus; Setiausaha Tetap KWKPK, Saadiah Haji Abdul Samat; Pengarah JWKS, Noriah Ahmad dan Ketua Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak KWKPK, Salina Bujang.