BEIJING: Gara-gara menahan kencing secara “tidak sengaja” selama 18 jam, pundi kencing seorang lelaki dikatakan koyak teruk.

Hu, 40, tertidur ataupun tidak sedarkan diri selama 18 jam selepas minum 10 botol bir bersama rakan-rakannya.

Sepanjang 18 jam itu dia tidak bangun untuk kencing. Sebaik sahaja sedar daripada tidurnya, dia mengalami kesakitan amat teruk di bahagian perutnya menyebabkannya bergegas ke hospital.

Hasil imbasan CT mendapati pundi kencingnya koyak di tiga bahagian.

Kesakitan yang dialaminya angkara menahan kencing begitu teruk sehingga dia tidak dapat baring dan dia juga tidak dapat mengeluarkan kencingnya biarpun sudah dicuba berkali-kali.

Lebih teruk apabila salah satu daripada lubang tersebut koyak lebih teruk.

Manakala salah satu lubang ususnya pecah hingga ke rongga perut Hu menyebabkan sebahagian ususnya masuk ke pundi kencing.

Menurut doktor, komplikasi itu berpotensi membawa maut jika tidak dirawat segera.

Hu bernasib baik kerana mereka berjaya menyelamatkan nyawa Hu dengan melakukan pembedahan kecemasan.

Keadaannya kini sudah stabil dan sudah pulih sepenuhnya.