SINGAPURA: Dengan berakhirnya mandat kerajaan pada April 2021, Pilihan Raya Umum Singapura bermula hari ini dimulakan dengan proses penamaan calon.

Singapura memutuskan kempen berlangsung hanya lapan hari sebelum tempoh bertenang 24 jam diikuti pembuangan undi 10 Julai di 93 kerusi.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang berkuasa sejak 1965, kini pimpinan Perdana Menteri Hsien Loong bertanding di semua kawasan ketika sokongan kepada kerajaan semakin menyusut ketika ini.

Pada PRU lepas, Parti Pekerja hanya menang enam daripada 89 kerusi Parlimen. Turut bertanding pada PRU kali ini ialah Parti Kemajuan Singapura (PSP).

Rabu, minggu lepas adik lelaki perdana menteri, Lee Hsien Yang mengumumkan menyertai parti pembangkang PSP yang bertanding menentang parti kerajaan pada pilihan raya 10 Julai kali ini walaupun belum memutuskan dirinya bertanding.

Hsien Yang anak pengasas Singapura, Lee Kuan Yew sebelum ini terlibat dalam pertikaian dengan abangnya berhubung rumah peninggalan mendiang bapa mereka.

Hsien Yang mengkritik PAP dan abangnya sendiri.