LIMBANG: Menteri Muda MANRED Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mengesahkan beberapa kampung dalam Dun Bukit Kota, bakal menerima projek dewan baru atau naik taraf dewan, naik taraf jalan, naik taraf sistem perparitan

Mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2019 dan 2020 bagi Dun Bukit Kota dan Batu Danau di Pejabat Residen Bahagian Limbang pada Isnin berkata, 29 projek RTP bernilai RM5 juta dilaksanakan di DUN Bukit Kota.

Menurut beliau projek bermula Jun selepas terhalang kesan PKP Mac lalu.

Namun yang penting menurut beliau, sejak RTP diperkenalkan Allahyarham Tok Nan, kini diteruskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ia membawa banyak perubahan dalam pembangunan kampung dan rumah panjang di Sarawak termasuk di Dun Bukit Kota.

Pada mesyuarat tersebut JKR, DID, JBALB dan MDL membentangkan status terkini pelaksanaan projek RTP 2019 dan 2020 di bawah peruntukan Adun Bukit Kota dan Adun Batu Danau sehingga Jun 2020.