KUCHING: Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berpendapat Syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akhirnya mengiktiraf hak minyak dan gas Sarawak.

Bercakap pada ketika sidang media sempena DayakDaily’s D’Drift 2020 Flag-Off Ceremony pada Isnin, Karim berkata setakat ini Jawatankuasa Kerja mengendalikan perkara ini dikendalikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Bagi Karim kes mahkamah berkaitan cukai SST 5 peratus berjumlah RM2.8 bilion yang dikenakan Kerajaan Sarawak ke atas Petronas ditangguhkan sehingga 3 Ogos 2020 akan ditarik balik setelah penyelesaian angka akhir dimuktamadkan.

Beliau mengaku setakat ini pihak mereka belum membincangkan tentang perjumpaan pasukan undang-undang berkenaan.

Di bawah Kerajaan Persekutuan baharu bawah PN, Petronas bersetuju menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dan bersedia membayar SST 2019 berjumlah RM2.8 bilion.