TEL AVIV: Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz berkata, rancangan rejim merampas secara rasmi wilayah Tebing Barat milik Palestin ditunda sehingga berakhirnya krisis Covid-19.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berjanji mengotakan tindakannya merampas wilayah Tebing Barat yang ketika ini sudah berdiri banyak permukiman Yahudi di Yerikho dan Lembah Jordan.

Menjawab soalan wartawan semasa di Baitulmuqaddis, Gantz pada Isnin mengesahkan rancangan merampas secara haram Tebing Barat ditunda.

Menurut Gantz, rancangan itu ditunda selepas beliau bertemu wakil presiden AS untuk Timur Tengah, Aviv Berkowitz dan Duta Besar AS di Tel Aviv, David Friedman.

Gantz mengakui pertemuan ketiga itu bertujuan membincangkan proposal damai Timur Tengah dikemukakan AS.