KABONG: Umi Binti Mohd.Helmi Liew,23 tahun berasal dari Kampung Tepi Laut Gerigat kini mencari ayah kandungnya Mohd.Helmi Liew Abdullah,48 tahun kerana berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan.

Hasrat Umi tertangguh kerana memerlukan kehadiran bapa kandungnya untuk menjadi wali majlis akad nikahnya.

Umi yang kini berusia 23 tahun merupakan anak sulung daripada dua adik- beradik dan mencari ayahnya yang berasal dari Kuching yang tidak diketahui tempat keberadaannya pada masa kini.

Menurut Umi ayahnya Mohd.Helmi Liew Abdullah,48 tahun, dahulunya bekerja sebagai pekerja kilang kayu di Tanjung Manis Sarikei dan telah berpindah dari Kampung Gerigat selepas bercerai dengan ibunya ketika dia masih kecil.

Malah Umi dan keluarganya memang tidak mengetahui langsung tempat ayahnya berada selama ini.

Menurut Umi ayahnya yang merupakan seorang Cina mualaf tidak pernah ditemuinya semenjak bercerai dengan ibunya yang kini sudahpun berkahwin lagi dengan orang sama kampung di Gerigat.

Alamat terakhir ayahnya adalah di Kuching.Namun tidak ada nombor telefon yang boleh dihubungi.

Umi memberitahu dia perlukan kehadiran ayahnya kerana pihak jabatan agama memerlukan kehadiran ayah kandung bagi menjadi wali pernikahannya dengan tunangnya yang berasal dari Kabong.

Sehubungan dengan itu Umi berharap ayahnya boleh menghubunginya jika ada membaca berita ini.

Ataupun jika ada sesiapa yang mengenali Mohd.Helmi Liew Abdullah,48 tahun dan mengetahui di mana keberadaannya bolehlah menghubungi Umi di talian: 013-554 4418.