KUCHING: Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad  tidak ada kuasa untuk memutuskan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Ini susulan cadangan terbaharu bekas Perdana Menteri itu yang mahukan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri sementara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Presiden Parti Aspirasi Rakyat (Aspirasi) Lina Soo berkata, Dr Mahathir seakan-akan ;lupa bahawa beliau tidak lagi mempunyai kuasa untuk menentukan siapa calon Perdana Menteri.

“Tun M haru sedar rakyat dan pengundi juga tidak mempunyai keinginan yang tinggi untuk memilih siapa yang bakal jadi Perdana Menteri,” katanya.

“Lagipun kuasa untuk melantik Perdana Menteri terletak sepenuhnya pada Yang di-Pertuan Agong,” tegasnya.

Dr Mahathir, tegasnya, langsung tidak asa hak untuk memutuskan siapa yang layak jadi Timbalan Perdana Menteri, bahkan tiada dalam perundangan atau perlembagaan, siapa yang boleh Dr Mahathir lantik, apatah lagi salah seorang ialah anaknya sendiri.

Cadangan Dr Mahathir itu bukan sahaja drastik tetapi mengejutkan banyak pihak dengan bersedia untuk melantik Perdana Menteri dari Malaysia Timur dan dua orang TPM — sesuatu yang tidak dilakukannya ketika beliau berkuasa.

“Tun M seolah-olah mahu menyingkir kucing yang duduk di atas burung merpati. Percayalah burung itu tidak akan berkicau,” katanya dalam ungkapan penuh metafora dan perlambangan. 

Lina berkata, rakyat sudah biasa dengan idea eksentrik Dr Mahathir berhubung jawatan Perdana Menteri dan rakyat tidak berminat dengannya.

Jelasnya, rakyat menderita dengan permainan politik Dr Mahathir yang seakan-akan seronok memetik gitar sedangkan talinya sudah terbakar.

Katanya, yang paling mengejutkan ialah kesediaan DAP untuk menari mengikut rentak tarian Dr Mahathir sekali gus menunjukkan hala tuju parti itu sedang menjunam menuju gaung yang dalam.