NEW YORK: Sebuah video menunjukkan seorang lelaki berjalan santai memasuki ambulans dengan kepalanya tertusuk pisau menyebabkan orang ramai menontonnya berasa nyeri.

Menurut polis lelaki berusia 36 tahun itu ditikam di bahagian badan dan kepala dengan pisau pemotong daging di sebatang jalan berdekatan 120 West 125th Street di Harlem.

Dia dikatakan cuba membantu wanita yang dikelar di pipinya olah empat lelaki yang tidak dikenal pasti.

Seorang wanita bertindak meragut beg duitnya yang mengandungi telefon bimbit, ubat-ubatan dan kad kebajikan.

Video itu juga menunjukkan keadaan huru-hara akibat insiden ragut dan tikaman itu.

Selepas kejadian itu kemeja-T berwarna putih lelaki itu bertukar merah kerana darah mengalir keluar dari luka di kepalanya.

Orang ramai menyaksikan insiden itu mengambil kesempatan merakam foto dan video.

Manakala lelaki itu tampak stabil berjalan dengan pisau tertusuk di kepalanya.

Lelaki tersebut dan wanita yang dibantunya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.