KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera mendedahkan laporan berhubung punca kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 2016.

Pada  Okt 2016, enam nyawa terkorban dalam tragedi kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA pada  2016.

Menurut beliau, meskipun laporan itu telah lama siap, namun Kerajaan PH yang memerintah selama 22 bulan gagal mengemukakan laporan terbabit kepada umum.

Ujar bekas Perdana Menteri itu, pendedahan berkenaan perlu bagi menjawab kritikan pihak tertentu khususnya  PH yang cuba meletakkan kesalahan kepada PN.

“Laporan itu siap pada 6 Jun 2018 selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan diserahkan kepada kerajaan PH di bawah perdana menteri ketujuh,” katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika menyerah laporan itu, katanya,  pengerusi jawatankuasa terbabit mendesak Kerajaan PH untuk mengumumkan dan mendedahkan laporan tersebut.

Namun,  ujarnya pada bulan Nov 2018, Menteri Kesihatan PH berkata laporan tersebut masih tidak boleh didedahkan kerana memerlukan kebenaran kabinet PH,” tulis Najib di Facebooknya, hari ini.

Beliau menegaskan Kerajaan PN perlu mendedahkan laporan tersebut serta-merta kerana laporan itu sudah lama siap.