MERADONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Shafiee Ahmad akan terus berusaha memastikan kawasan-kawasan di bawah pentadbiran DUN Daro dan Parlimen Igan menikmati pembangunan infrastruktur yang adil dan saksama.
Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Penyelarasan Projek-Projek bagi DUN Daro dan Parlimen Igan di bawah pentadbiran Daerah Meradong pada Jumaat.
Antara projek yang dibincang pada mesyuarat tersebut seperti Pelaksanaan Projek RTP, Projek Marris, Projek PRE dan Projek AFF Jabatan Pertanian untuk Tahun 2020.
Perbincangan turut membabitkan beberapa spesifikasi melibatkan pelaksanaan 14 projek dari pelbagai agensi yang hadir dengan keseluruhan kos projek berjumlah RM3.18 juta untuk tahun 2020.