Menurut Worldometers setakat pagi ini, dunia sudah menyaksikan 9.89 juta kes.

Amerika Syarikat terus berada di tangga teratas dengan 2.55 juta kes, termasuk lebih 46,000 kes baharu.

Ini diikuti Brazil dengan 1.28 juta kes selepas hampir 47 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Berada di tangga ketiga pula ialah Rusia dengan 620,794 kes, termasuk 6,800 kes dalam 24 jam.

Di tangga keempat ialah India dengan 509,446 kes termasuk lebih 18,000 kes baharu.

Ini disusuli United Kingdom dengan 309,360 kes, termasuk 1,380 kes terbaharu.