Jumlah kumulatif kematian global  sehingga awal pagi ini   menuju 500,000. Pada pagi ini sebanyak 496,028 sudah menemui ajal angkara virus maut Covid-19.

Ini termasuk 4,842 lagi yang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut angka Worldometers, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih  127,000 kes, termasuk 625 kematian terbaharu.

Brazil dan United Kingdom (UK)  berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan  56,109 dan 43,414 kes korban.

Brazil menyaksikan 1,055 kematian terbaharu manakala UK, 184 kes.

Brazil terus berada di tangga teratas dari segi kematian harian di belakang AS, malah ia merupakan satu-satu negara yang mencatatkan lebih 1,000 kes dalam sehari.

Jumlah kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula  34,708 kes, termasuk 30 kematian terbaharu. Itali yang sebelum ini merekodkan angka tinggi dari segi kematian, memperlihatkan jumlah kematian harian kini hanya dua digit.

Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan   29,778 dan   28,338 kes maut. Sepanyol hanya merekodkan lapan kematian berbanding hanya satu kes dalam tempoh 24 jam sebelumnya..