NEW YORK: Menurut survei pemilihan presiden untuk Pilihan Raya Presiden AS terbitan New York Times pada Rabu, calon presiden dari Parti Demokrat Joe Biden kini berada 14 mata mengatasi Presiden Donald Trump.

Berdasarkan survei New York Times dan Siena College, Biden meraih 50 peratus sokongan berbanding Trump hanya mendapat 36 peratus. Pendapat umum terbaru memaparkan Biden rata-rata unggul 10 mata di depan Trump.

Menurut New York Times survei tersebut dijalankan ter hadap 1,337 pengundi berdaftar, berlangsung pada 17-22 Jun.

Pencapaian terbaharu Biden itu dikatakan menonjol semasa mantan naib presiden AS era pemerintahan Barack Obama itu dinilai berjaya membangun kepercayaan dalam kalangan pemilih wanita serta keturunan AfrikaAmerika dan Latin.

Sementara itu, New York Times melaporkan Trump hilang sokongan pengundinya yang menganggap pemerintahannya gagal menangani pandemik Covid-19.

AS kini masih merupakan negara dengan kes dan kematian akibat Covid-19 tertinggi di dunia 2.46 juta kes positif dan 124,281 kematian. Kes Covid-19 yang tinggi menyebabkan banyak sektor ekonomi AS lumpuh.

Angka pengangguran melonjak di negara tersebut. Rakyat juga marah melihat cara Trump menangani isu tunjuk perasaan antirasisme akibat kekasaran polis menangani rakyat minoriti termasuk cara berdepan dengan demonstrasi kulit berwarna di AS.

Kaum kulit putih dan golongan sarjana bagaimanapun dikenal pasti masih teguh menyokong Trump.