KUALA LUMPUR: Polis menemui mayat seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, Rawang, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, mayat lelaki berusia 55 tahun itu ditemui kira-kira pukul 9 pagi.

“Sebelum itu, polis menerima laporan mangsa hilang dipercayai diculik untuk tebusan pada 10 Jun lalu, katanya dalam kenyataan hari ini seperti dipetik Astro Awani.

“Mangsa diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, pada 10.30 pagi,” katanya lagi.

Mangsa diculik untuk tebusan, katanya.

Beliau berkata, setakat ini polis masih menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat.