KUCHING: Terdapat warganegara Indonesia mencuba nasib dengan berusaha untuk menceroboh negeri ini dengan menggunakan jalan tikus.

Meskipun menyedari bahawa sempadan negeri ini dikawal ketat oleh pihak keselamatan susulan penularan Covid-19, namun ada yang nekad memasuki negeri ini dengan menggunakan jalan tikus. 

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam satu sidang media di sini hari ini, di bawah sekatan jalan raya Op Benteng,  Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menangkap enam warganegara Indonesia yang menggunakan jalan tikus berhampiran Kampung Tong Nibong, Serian. 

Mereka ditangkap berserta barang rampasan bernilai RM5,000 dan telah dibawa ke Balai Polis Serian. 

Sebanyak 19 lagi warganegara Indonesia ditahan kerana menyusup melalui jalan tikus ke ladang sawit berhampiran sempadan di Serian.
Katanya, mereka diserah kepada Balai Polis Serian untuk tindakan lanjut.