DAR ES SALLAM: Saniniu Kuryan Laizer, 52, pelombong kecil di Tanzania menjadi jutawan selepas menemui dua batu permata tanzanite terbesar di negara dan menjualnya kepada kerajaan.

Laizer menemui batu permata masing-masing seberat 9.27 dan 5.1 kilogram di utara Bukit Mirerani, kawasan yang dipagar oleh Presiden John Magufuli pada 2018 bagi menghentikan penyeludupan permata.

Laizer menjual batu tanzanite itu kepada kerajaan pada harga AS$3.3 juta (RM14.1 juta).

Tanzanite pertama kali dijumpai di kaki bukit Kilimanjaro pada 1967 dan utara Tanzania di wilayah Manyara.

Menteri Perlombongan Dotto Biteko berkata batu itu merupakan yang terbesar pernah ditemui di negara itu.

“Laizer kini jutawan dan kita pastikan beliau selamat,” Biteko.

Laizer berkata dia mahu memanfaatkan wang diperoleh membina pusat beli-belah di Arusha dan sekolah.

Laizer berterima kasih kepada Tuhan atas kurniaan itu.

Di Twitter, kerajaan berkata batu permata itu tidak dijual di pasaran dan bercadang meletaknya di muzium negara.