Statistik daripada  Worldometers menunjukkan jumlah kematian global meningkat  kepada  hampir 5,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kumulatif kematian global  sehingga awal pagi ini  lebih daripada 488,928 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih  124,000 kes, termasuk 573 kematian terbaharu.

Brazil dan United Kingdom (UK)  berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan  54,971 dan 43,230 kes korban.

Brazil menyaksikan 1,097 kematian terbaharu manakala UK 149 kes.

Brazil terus berada di tangga teratas dari segi kematian harian di belakang AS.

Jumlah kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula  34,678 kes, termasuk 34 kematian terbaharu. Itali yang sebelum ini merekodkan angka tinggi dari segi kematian, memperlihatkan jumlah kematian harian kini hanya dua digit.

Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan   29,52 dan   28,330 kes maut. Sepanyol hanya merekodkan satu kematian.