BANGKOK: Wanita mendapat nama di media sosial Asia gara-gara kaedah uniknya menjual pakaian terpakai secara dalam talian.

Memandangkan semua pemilik bajunya merupakan mereka yang sudah meninggal dunia, dia mengambil keputusan menggunakan aksi zombie bagi meraih perhatian orang ramai.

Kanittha Thongnak, 40, menjual pakaian terpakai di Jalan Chon Daen, utara Thailand, sejak tiga tahun sehinggalah pandemik Covid-19 melanda dunia.

Biarpun wang hasil jualannya tidak besar, namun ia cukup untuk menampung kehidupannya. Apabila pandemik Covid-19 tercetus, Kanittha cuba menjalankan perniagaannya secara dalam talian.

Sememangnya menjual pakaian terpakai mempunyai banyak pantang larang di negara itu dan PKP ini menyebabkan perniagaan wanita itu semakin terjejas.

Pada mulanya dia hanya menjual secara biasa di dalam talian, namun apabila dia tidak menerima banyak sambutan Kanitta menggunakan cara luar biasa untuk menarik perhatian pelayar.

Idea menjadi zombie muncul selepas dia tidak mempunyai duit membayar bil airnya ekoran itu dia mengambil keputusan memakai mekap muka berwarna putih menyebabkan dia menyerupai hantu.

Selepas itu jualannya semakin meningkat dan dalam masa lima hari dia meraih lebih 4,000 penonton.

Yang pasti hasil jualannya amat memuaskan hatinya.