KABONG: Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong melangsungkan taklimat khas berhubung pembukaan sesi persekolahan bersama ADUN Kabong, Mohd. Chee Kadir di Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong jam 2.30 Petang semalam.

Hadir dalam sesi taklimat tersebut ialah Pengetua SMK Kabong,Iman Haji Joni, Penolong Kanan Pentadbiran Abdul Rashid Haji Sebai,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Annuar Ahmat, Penolong Kanan Kokurikulum Encik Mat Tani, Ismail Bin Merikan, (Ketua Bidang Matematik Sains) Mohd. Shardat Haji Imat (Ketua Bidang Teknik Vokasional) dan Puan Abeida Kuang, (Ketua Warden SMK Kabong).

Dalam taklimat berkenaan ADUN Kabong, Mohd.Chee Kadir dimaklumkan bahawa sesi persekolahan SMK Kabong bagi kelas tingkatan 5 akan bermula pada 24 Jun 2020 (hari ini).

SMK Kabong mempunyai pelajar tingkatan 5 Seramai 179 orang dan pelajar terlibat akan diagihkan kepada 12 Kelas dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berkuatkuasa sekarang.

Bagi pelajar asrama pula pihak sekolah akan menerima kemasukan pelajar asrama mulai 23 Jun 2020( semalam). Para pelajar akan ditempatkan di bilik asrama yang di sudah diselia dan mematuhi SOP PKPP yang telah digariskan.

Pengurusan SMK Kabong turut memaklumkan kepada Chee bahawa pendekatan yang akan diambil oleh para guru untuk pelajar lain yang belum masuk kelas adalah pihak guru akan ke lapangan (Ke kampung-kampung pelajar) bagi memastikan para pelajar membuat kerja sekolah. Usaha tersebut adalah bertujuan untuk mengelak alasan masalah kemudahan internet yang tidak baik yang dialami pelajar di kawasan sukar mendapat liputan internet.

Pada perjumpaan tersebut Chee menyatakan beliau sentiasa mengikuti secara dekat perkembangan yang berlaku di SMK Kabong dan mahu fokus diberikan kepada pelajar kelas peperiksaan sambil tidak mengabaikan pelajar dalam tingkatan yang lain.

Baju merah…Pengetua SMK Kabong, Iman Haji Joni.