CUMBRIA: Ian Bell, 55, sampai ke kaunter servis pandu lalu KFC di Carlisle, Cumbria, apabila pengurus restoran tersebut menghampirinya memberitahu, dia perlu pergi dari situ bagi menjaga kesihatan dan keselamatan pelanggan lain.

Bell yang ketika itu menggunakan pedati kuda, memberitahu dia berasa amat malu diperlakukan sebegitu rupa.

Dia tidak faham mengapa pengurus itu menyuruhnya pergi dari restoran tersebut kerana Jon Jon, kudanya yang berusia 7 tahun itu berkelakuan baik.

Dia sudah lama berbaris bersama kenderaan lain dan sudah bersedia hendak membeli Bargain Bucket apabila ditegur pengurus restoran tersebut.

Akhirnya dia dan kudanya pergi ke restoran McDonald yang melayannya tanpa sebarang masalah.

Bagi pihak KFC ,mereka tetap bersetuju dengan tindakan pengurus restoran mereka dengan memberi alasan amat penting bagi mereka menjaga keselamatan pelanggan berikutan itu mereka tidak membenarkan kenderaan berkuda berada di servis pandu restoran tersebut.