Statistik daripada  Worldometers menunjukkan jumlah kematian global meningkat  kepada  5,465 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kumulatif kematian global  sehingga awal pagi ini  lebih daripada 478,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih  123,000 kes, termasuk 863 kematian terbaharu.

Brazil dan United Kingdom (UK)  berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan  52,771 dan 42, 927 kes korban.

Brazil menyaksikan 1,364 kematian terbaharu manakala UK 280 kes.

Brazil terus berada di tangga teratas dari segi kematian harian di belakang AS yang merekodkan 863 kematian dalam 24 jam.

Jumlah kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula  34,675 kes, termasuk 23 kematian terbaharu.

Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan   29,720 dan   28,325 kes maut. Sepanyol hanya merekodkan satu kematian.