SUKOHARJO: Sukarelawan yang berpakaian ala Superman dan Spiderman bekerjasama menyembur pembasmi kuman di Kepulauan Jawa.

Mereka turut disertai adiwira tempatan iaitu Gatotkaca yang melaungkan nasihat: “Gunakan topeng mulut, cuci tangan dan sentiasa berwaspada.”

Para sukarelawan ini mengagihkan topeng muka, sanitizer sambil mengajar orang ramai cara-cara mencuci tangan yang betul dan bagaimana hendak memakai topeng muka dengan betul selain memastikan kawasan perumahan terjaga gara-gara meningkatnya aktiviti jenayah di tempat tersebut.

Penganjur majlis berharap kehadiran adiwira ini dapat meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk setempat terutama golongan kanak-kanak.

Mereka berharap kanak-kanak itu mengikut arahan supaya sentiasa mencuci tangan, mengelak dari bermain di luar dan sentiasa memakai topeng muka.

Selain di Kepulauan Jawa, kumpulan adiwira yang terdiri dari karaktor Deadpool, Black Panther dan adiwira tempatan iaitu Bima-X juga ditemui di Makassar iaitu di Kepulauan Sulawesi.