Jumlah keseluruhan kes yang dijangkiti Covid-19 kini sudah mencecah lebih 9.3 juta orang.

Menurut angka Worldometers setakat pagi ini, Amerika Syarikat (AS) terus berada di tangga teratas sebagai satu-satunya negara di dunia yang sudah mencecah dua juta kes. 

AS juga terus merekodkan kes  kedua tertinggi dalam sehari dengan lebih 36,000 kes.

Brazil pula berada di tangga kedua dengan lebih sejuta kes, termasuk lebih 40,000 kes dalam 24 jam, menurut angka Worldometers pagi ini.

Ini bermaksud Brazil berada di tangga teratas dari segi jumlah kes jangkitan harian dalam tempoh 24 jam lalu.

Rusia di tangga ketiga dengan  hampir 600,000 kes, termasuk lebih 7,000 kes terbaharu.

Kini India yang berada di tangga keempat sudah mempunyai lebih 456,000, termasuk lebih 15,000 kes terbaharu.

United Kingdom berada di tangga kelima dengan lebih 306,000 kes jangkitan, termasuk 921 kes terbaharu. 

Sepanyol berada di tangga keenam dengan lebih daripada 293,000 kes jangkitan.

Selain Sepanyol, terdapat empat buah  lagi negara dalam lingkungan 200,000 kes, iaitu Peru, Chile, Itali dan Iran.

Negara yang mempunyai lebih 100,000 kes ialah  Jerman, Turki, Pakistan, Mexico, Perancis, Saudi Arabia,  Afrika Selatan, Bangladesh dan Kanada.