Statistik daripada  Worldometers menunjukkan jumlah kematian global meningkat  lebih 3, 600 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kumulatif kematian global  sehingga awal pagi ini  lebih daripada 473,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih  129,000 kes, termasuk 348 kematian terbaharu.

Brazil dan United Kingdom (UK)  berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan  51,271 dan 42, 647 kes korban.

Brazil menyaksikan 612 kematian terbaharu manakala UK 15 kes.

Brazil terus berada di tangga teratas dari segi kematian harian, manakala negara-negara lain sudah memperlihatkan trend menurun.

Kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula  34,657 kes, termasuk 23 kematian terbaharu.

Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan  lebih 29,663 dan   28,324 ribu kes maut.

Kalau 24 jam sebelum ini Brazil berada di tangga teratas dari segi kematian harian, dalam 24 jam lalu, Mexico pula merekodkan kes tertinggi dengan 1,044 kematian dalam sehari.

Mexico telah merekodkan lebih 180,000 kes jangkitan setakat pagi ini.